Sunday 12 February 2012

SF Beauty ~ sinar kejelitaan

Assalammualaikum dan selamat petang sume..hihi.. Hari yang sama masih semangat nk bercerita pasal dua produk yang memang dah nampak keberkesanannya pada aku dan insyaAllah kepada mereka yang ingin mencuba dan menjadi cantik dan lebih yakin...=) Last entry aku dah citer pasal BERRYGEN dan untuk entry kali ni nak citer pasal SF BEAUTY plak.. Aku guna produk dalaman dan luaran masa nak pulihkan masalah kulit muka ni sebab dua-dua sama penting... Oke,..meh kite berkenalan dengan produk SF Beauty...


APA ITU SF BEAUTY.?

Masa mula-mula pun aku tak tau dan tak penah dengar pasal produk ni.. Tak penah dengar pun tetap nak cuba sebab tengok ada yang dah terbukti keberkesanannya bila ada cikgu-cikgu sekolah aku yang dah pakai. Aku dapat tau produk ni berasal dari Kelantan dan dijual secara perseorangan bukan di toko-toko jamu..(hari tu try jugak cari kat kedai nak tengok ada jual ker tak tapi memang sah takde jual pun..!). Produk ni sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah jerawat dan kulit sensatif serta sesuai juga untuk kulit normal..

SET PRODUK SF BEAUTY..

Set produk yang aku pakai ni terdiri daripada krim siang dan malam serta sabun muka.. Ape yang aku suka pada produk ni ialah senang nak guna sebab aku ni jenis yang malas nak ngadap depan cermin pastu pakai macam-macam kat muka.. Produk ni memang ringkas sangat..pagi-pagi cuci muka terus pakai krim siang dan bedak.. Malam pulak cuci  muka terus guna krim malam..dah siap..!! Tak payah pakai segala bagai macam cleansing milkla..tonerla... aku memangla malasss nak wat sume tu..... ni sedikit sebanyak maklumat yang aku dapat pasal produk SF Beauty harap lepas ni ada yang akan mendapat sinar kejelitaan yang diharapkan..hihihi...

Krim malam dan siang (kelebihan)
  • bertindak meningkatkan metabolisme kulit dengan penjagaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa. Mengandungi vitamin E untuk merawat muka dengan menghilangkan jerawat, jeragat, bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan muka.
Sabun muka (kelebihan)
  • membantu meningkatkan metabolisme untuk pertumbuhan kulit, melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit secara semulajadi.
  • mengekalkan dan mengimbangkan kelembapan dan juga kesegaran serta melicinkan kulit. Sabun ini tidak mengandungi pewarna tambahan dan kurang alkali serta baunya yang wangi..

SELAMAT KER TAK NAK PAKAI PRODUK NI..?

Memang dijamin selamat sebab produk ni dah diluluskan oleh KKM..kalu tak caya blea tengok kat belakang kotak produk ni..kalu takde tu maksudnyer tiruanlah...!! Ni yang paling penting nape aku berani cuba produk kecantikan ni sebabnya ada kelulusan KKM kalu tak memang  tak berani nak pakai takut jadi laen pulak muka ni.. Elok-elok nak baik terus jadi lagi teruk..huhu..

                                       

Setakat ni aku pakai dah dua bulan lebih..alhamdullillah sumenya okey dan kesannya masa mula-mula pakai kulit jadi gatal-gatal sebab daripada apa yang aku baca kesan ni terjadi sebab krim ni bertindak balas terhadap kesan produk yang kita pakai sebelum ni..Lagi satu kesannya ada terjadi pengelupasan tapi tak lama sekejap je proses pengelupasan ni berlaku... Lama-lama pakai parut jerawat pun dah semakin pudar dan kulit muka menjadi cerah dan berseri serta pori-pori kat muka yang besar pun dah semakin mengecil..!!! Krim ni pun sesuai untuk kulit berjeragat dan macam biasa kena sabar dan kesannya juga bergantung pada setiap individu.. Insyaallah kalu maintain pakai tak skip-skip kejap pakai kejap tak memang akan nampak hasilnya..=)

Macam aku kesan dalam sebulan dah nampak dan ape yang aku perasan bila aku pakai produk kecantikan ni bersama-sama Berrygen memang cepat kesannya sebab dalaman dan luaran masing-masing mendapat khasiat yang sama..heheh.. So, kepada sesiapa yang nak cantik dan gebuss bolehla pakai dua-dua produk ni untuk dapat hasil yang maksimum.. Itu yang jadi kat aku bukan cakap saje-saje tau..;) Sekarang ni, aku pakai Sf Beauty setiap hari dan Berrygen aku makan dalam lima hari seminggu je...



Okey kepada sesiapa yang berminat nak cuba produk miracle ni blea call aku di nombor 012-3590827 atau pm je aku kat FB pun boleh juga.. Harga produk ni untuk set krim siang dan malam RM 75 manakala sabun muka RM 35...

Ni rupa krim siang + krim malam + sabun muka.. krim siang tue warnanya kekuningan tapi cepat meresap bila disapu ke muka tak berminyak.. krim malam pula warna putih kalu pakai lekit sikit tapi cepat meresap dekat muka juga bila disapu manakala sabun muka pula bila pakai muka rase bersih je pastu tegang tapi best...=)


Saturday 11 February 2012

Berrygen dan kelebihannyer..=)

Assalammualaikum dan selamat pagi uols....pagi-pagi lagi dah semangat nak mengupdate pasal produk special yang aku makan iaitu Berrygen dan yang aku pakai iaitu SF Beauty...Tapi untuk entry kali ni aku nak cerita tentang kelebihan dan manfaat yang kite perolehi daripada Berrygen yang kite minum hari-hari (tapi pada yang nak jimat minum lima hari seminggu pun dah oke).. Jom kite berkenalan dengan Berrygen ni....


APA ITU BERRYGEN.?

Berrygen merupakan makanan kesihatan hasil gabungan kolagen dan extrak buah beri (blueberries,raspberries,strawberries dan acerola) dan ditambah dengan vitaman serta pelbagai nutrien penting untuk kekal sihat, muda dan kelihatan cantik....!!!..Berrygen merupakan produk kesihatan semulajadi yang tiada lemak, tiada kolestrol dan tiada bahan pengawet serta pewarna tiruan dan bahan tambah kimia yang lain.. Oleh itu, kepada pengguna yang baru dan ingin mencuba produk ini tidak perlu merasa takut dan was-was kerana kandungannya adalah berasaskan bahan semulajadi.



APA KELEBIHAN BERRYGEN.?

Antara kelebihan yang akan anda perolehi daripada menggunakan Berrygen ni adalah :

1. dapat meningkatkan keadaan dan tekstur kulit secara keseluruhannya.
2. kulit akan menjadi lebih lembut, lembap dan gebusss....
3. mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di muka.
4. meningkatkan keadaan rambut maksudnyer rambut tak gugur sebab akar rambut menjadi lebih kuat dan sihat serta menguatkan kuku dan keadaan kuku akan menjadi lebih cantik..!!!
5. susuk tubuh lebih cantik dan mantap serta otot menjadi lebih baik..
6. mengurangkan tisu lemak dan ini kepada sesiapa yang nak kurus bergaya...
7. dapat menguatkan sendi, ligamen dan tendon ( kepada yang ada sakit-sakit lutut dan rasa cepat sangat sakit-sakit badan bile buat keje dan bergerak memang sangat-sangat disyorkan menggunakan Berrygen)..
8. meningkatkan lagi kesihatan dan kebaikan tubuh badan anda..


APA YANG ADA DALAM BERRYGEN DAN FUNGSI BAHAN TERSEBUT.?

1. Kolagen
         Kolagen merangkumi 85% daripada kulit, otot dan tisu penghubung kita. Namun begitu apabila usia semakin meningkat maka kadar dan tahap kolagen dalam tubuh badan kita semakin berkurang dan kesannya kulit akan menjadi berkedut, timbul garis-garis halus dan kulit menjadi kusam..!!

        Berrygen memberikan kolagen yang diperlukan oleh kulit supaya kelihatan lebih anjal, mengurangkan kedutan pada wajah dan seterusnya menjadikan kulit lebih lembut dan tampak lebih bermaya dan berseri. Ini kerana kolagen yang terdapat dalam Berrygen diperoleh daripada perairan di Utara Jepun dengan menggunakan teknologi Perancis. Oleh yang demikian, kadar penyerapan dalam Berrygen sangat tinggi iaitu sebanyak 98%....


2. BAHAN ANTI OKSIDAN
        Macam yang dah diberitahu sebelum ini, Berrygen diperkaya dengan extrak buah beri yang mana kaya dengan vitamin B dan C dan anti oksidan ini bertindak sebagai agen penghalang untuk menentang radikal bebas dan boleh melindungi pengamalnya daripada pengakit seperti kanser.


3. AMINO ASID DAN NUTRIEN PENTING
         Berrygen mengandungi pelbagai nutrien penting seperti CoQ10, L-Carnitine, Gingko Biloba dan Probiotic. Antara khasiat semua nutrien ni ialah :

CoQ10               
  • baik untuk kesihatan jantung
L- Carnitine         
  • untuk meningkatkan metabolisme dan membakar lemak
Gingko Biloba     
  •  untuk meningkatkan peredaran darah dan sangat baik untuk membekalkan oksigen ke otak
Probiotik              
  • baik untuk penghadaman, usus dan meningkatkan imunisasi



4. BERAPA LAMA BARU NAMPAK KESAN.?
           Oke kalau ambil 2 sachet sehari, anda dijangkakan akan mendapat hasilnya seperti berikut :

  • kulit berseri-seri dan nampak tegang dalam masa 2 minggu
  • kulit menjadi lebih lembab dalam masa 2 minggu
  • pigmentasi semakin cerah selepas 8 minggu
  • kedutan akan berkurangan selepas 8 minggu
  • kesan hitam di bawah mata akan berkurangan dalam masa 8 minggu

5. ADAKAH BERRYGEN NI SELAMAT UNTUK DIMINUM.?

          Ya,..sangat selamat untuk diminum.. Kenapa aku cakap macam tu sebabnyer Berrygen ni 100% mengandungi bahan semulajadi. Takde perasa tiruan, bahan pengawet dan bahan tambahan kimia yang tidak sepatutnya. Proses bahan ini juga mengikut piawaian ISO, HACCP dan GMP.

Tapi dekat sini aku nak nyatakan kesan atau perubahan adalah berbeza-beza mengikut individu maksudnya kalau masalah kulit teruk maka ambil masa nak nampak kesan tapi takla lama sangat...kalau kulit tak banyak masalah kesannya cepat sikit.. Contohnya aku ambil Berrygen dalam masa 3 hari dah nampak kesannya jerawat dekat muka aku tak sakit lagi dan lepas sebulan jerawat yang bernanah dan macam dah nak mula keluar pun tak jadi nak keluar dan lepas dua bulan lebih pakai tinggal kesan parut je sikit-sikit lagi... Lagi satu aku nak kongsi ialah ada sorang cikgu kat sekolah aku pun guna jugak Berrygen tapi dah masuk tahun kedua..dia cakap dalam masa setahun guna produk ni selulit kat bahagian peha dah hilang..!!! Waaa,..bestkan muka cantik badan pun cantik..!!!

Lagi satu aku nak kongsi kat sini yang aku tak ambillah Berrygen ni 2 kali sehari tapi aku ambil sekali sehari je samaada sebelum tido ataupun sebelum sarapan.. Hasilnya memang menakjubkan dan sangat memuaskan...=) Jadi kepada sesiapa yang nak cantik dan jadi lebih yakin  bolehlah mula menggunakan Berrygen dengan cara menghubungi aku di nombor 012-3590827 (Irma) ataupun anda boleh pm saya dekat Facebook..harga sekotak Berrygen ialah RM 190.00... 


Ape nama produk special tu..????

Assalammualaikum sume... untuk entry kali ni aku nak perkenalkan ape nama produk special yang aku baru pakai selama tiga bulan ni.. Oke,.sebelum ni tu aku nak gitau yang aku berani wujudkan blog ni sebab pengalaman aku dah gune produk ni dan lagi satu dah ramai yang tanye ape aku pakai sampai muka aku yang seyes teruk dah jadi baik dan makin berseri-seri.. Bile dah ramai yang tanye maka aku pun berani wujudkan blog ni untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kulit wajah yang berseri ni..=)


          Oke sekarang aku nak perkenalkan kepada semua apa produk special yang aku dah pakai sampai kulit aku dah jadi semakin baik dan berseri-seri... Nak tau x..?? JAP..JAP....... produk nyer ialah..

             Haaaaa.....penah nampak dan dengar tak pasal produk ni..BERRYGEN by Tupperware.... nilah produk special yang aku guna selama tiga bulan dan ada lagi satu produk yang aku gunakan untuk kegunaan luaran sahaja..

 Dan....ni lagi satu produk special yang aku guna untuk kegunaan luaran..nama produk ni SF BEAUTY. penah dengar tak pasal produk ni..


            Sekarang dah taukan camne aku mendapat semula wajah yang bersih + cerah + berseri... Oke,.dan sekarang juga aku nak bagitau cara aku menggunakan produk ni sehingga jerawat-jerawat degil dan kulit kusam aku hilang.!!!!

CARA PENGGUNAAN SF BEAUTY :

1. mula-mula bersihkan wajah dengan sabun muka SF BEAUTY
2. selepas itu, waktu siang gunakan krim siang untuk melindungi wajah dari sinaran UV
3. malam hari pula pakai krim malam untuk merawat wajah

CARA PENGGUNAAN BERRYGEN :

1. Produk ni dalam bentuk sachet so mula-mula tuangkan serbuk Berrygen dalam air sejuk atau suam tak panas kemudian kacau dan minum...Senangkan..!!
2. Berrygen ni minum sekali sehari je tapi macam aku cakap kesannyer dalam tiga hari je..(bergantung kepada individu)

    Oke sekarang kite citer pasal harganya pula...untuk BERRYGEN harga di pasaran ialah RM199.00 dan dalam ada 20 sachet tapi kalau nak jimat minum hari biasa saje tak payah minum hari Sabtu dan Ahad saje....he3

    Bagi SF Beauty pulak..bagi krim malam dan siang harga RM79.90(dua-dua sekali)  manakala sabun pula berharga RM 39.90 (kalu nak jimat boleh potong empat bahagian). Untuk produk ni aku pakai tahan sebulan..

   Dengan hanya memakai dua produk ni sahaja dalam masa sebulan sahaja dah nampak kesannya. Alhamdullillah,...dan sekarang aku masih meneruskan menggunakan kedua-dua produk ni..=) Aku dah berkongsi rahsia yang bukan lagi rahsia nikan dan disebabkan aku pun dah dapat hasil yang diingini dan masih lagi nak maintainkan keserian wajah so kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kedua-dua produk ni bolehlah hubungi aku : Irma - 012-3590827... harga adalah seperti di bawah:


1. BERRYGEN - RM 190.00
2. Set krim malam dan siang - RM75.00
3. Sabunmuka - RM35.00


    Diharap anda juga dapat sama-sama menjadi lebih cantik dan lebih yakin...insyaAllah..=)
       
                                      

masalah dah hampir selesai

Oke...selamat sejahtera semua dan diharap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat... Entry kali ni adalah sambungan yang lepas.. Kali ni aku nak cerita camne aku boleh tersangkut dengan produk special ni.. Mase mula-mula mengajar memang aku tak nafikan ramai yang pandang-pandang pastu jeling-jeling kat aku sebabnyer muka aku yang memang banyak jerawat ditambah dengan kulit kusam.. Disebabkan aku dah lali dengan semua teguran + jelingan + cakap-cakap belakang jadinyer aku buat bodohla.. Tapi dalam pertengahan tahun 2011 ada sorang cikgu kat sekolah aku cadangkan aku pakai produk ni tapi aku malas nak cuba sebab dah putus asa.. Putus asa sebab ape.???..sebab dah macam-macam produk aku try dan dah macam-macam produk aku guna tapi keputusannya tetap sama.. Sedih memang sedih tapi dah malas nak fikir..

        Sampailah dalam bulan November kalu tak silap aku ntah mimpi ape lepas dah puas kene pujuk dengan cikgu tu supaya cuba produk special tu..aku terus beri kata setuju!!!! Tapi sebelum aku gune produk tu aku cakap kat yang aku cuba sekotak dulu tapi kalu tak baik minta maafla aku tak akan beli lagi okeyy...

       Nak dijadikan cerita lepas aku pakai produk tu dalam tiga hari aku dah rasa perubahan dekat muka aku... SERIUS TAK TIPU..!!!! Memangla jerawat tu tak hilang tapi sakit-sakit dekat muka aku tu dah hilang maksudnya tak sakit lagi.. Waaa..besstkan..!!! Sebelum ni tak penah aku cuba produk yang ada tindakbalas dalam masa TIGA hari tau.... seronoknyer walaupun jerawat tak hilang lagi tapi sakit kat bahagian jerawat tu dah hilang...

      Walaupun hati ni tak sabar tapi sedar tak sedar..dah sebulan aku pakai produk tu... Memang banyak bezanyer, bukan aku yang cakap tapi orang sekeliling aku yang tegur.. mak, adik, kakak dan mak saudara pun tegur sekali masa balik kampung...(masa ni cuti sekolah so takdelah kakitangan kat sekolah nak tegur).. Masing-masing cakap muka aku dah mula okey dan kulit dah makin cerah..

    Tup..tup....tup.... sekarang dah masuk bulan ke tiga aku guna produk special ni... Suke sangat bile muka dah cantik hati pun senang dah tak tension lagi....!!! Oke ni muka aku lepas tiga bulan dah guna produk ni..

                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
                                                                           *
Yang latest 2012... mase ni dah tiga bulan aku pakai produk special ni.. dah makin baik dan berseri-seri bile pakai produk ni.. Alhamdullillah,..akhirnya bertemu jugak dengan penawar yang dicari...=)


                                                     Oke ni gambar closeup sikit..=)

                                                Ni lagi satu gambar yang terkini..2012..


bile masalah aku bermula

Oke..malam ni memang semangat sikit nak cerita tentang masalah jerawat + kulit kusam yang aku alami kira-kira lebih dua tahun lalu... Sebenarnya,..sejak sekolah menengah lagi kulit aku memang takde masalah jerawat yang serius cuma jerawat kecik-kecik je ala macam jerawat pasir tu... Mase sekolah krim yang aku gune ialah krim Safi Balqis... mase aku pakai krim ini kulit aku biasa-biasa saje tapi aku pakai sebab masa sekolah krim ni yang paling femes dan yang penting murah...

          Bile masuk maktab,..da dapat duit elaun dan mase tu pikir duit da banyak sangat so tryla macam-macam jenis krim muka dan macam-macam suplimen... Dalam masa lima tahun aku duduk maktab..da terlalu banyak krim yang aku gune dari mahal sampai ke murah tapi nak kata cantik takla jugak..huhu..


         Sampailah satu masa masa kira-kira dua tahun lepas masa besday aku.. sebab tak puas hati tengok muka kawan aku yang sorang ni  cantik dan putih melepak maka aku pun cuba sekali lagi memakai krim Safi Balqis yang botol warna biru sebabnyer lepas risik-risik kat kawan-kawan tanye rahsia kulit muka dia cantik sangat...

        Tapi malangnyer lepas seminggu aku pakai satu set produk safi tu terus muke aku naik jerawat..mula-mula sikit tapi lama-lama makin banyak dan sakit-sakit.. Dalam mase sebulan kulit muke aku dah teruk sangat.. Tapi kenapa aku tetap teruskan pakai set produk tu sampai sebulan? Sebabnya aku ingatkan effect pakai set produk ini mula-mula keluarkan jerawat sampai abis tu yang aku pakai lama-lama..

         Mungkin takde jodoh dengan produk Safi Balqis nikan maka jerawat yang banyak tu dah tukar jadi radang yang bagi aku sangat teruk dan sangat sakit sampai bile duduk depan cermin mesti aku picit jerawat sampai kadang-kadang bile picit jerawat sampai tersembur nanah jerawat tu kat cermin...eiiiiiii.... memang geli sangat tapi memang tak tahan sangat.. Dahla berjerawat pastu keras-keras jerawat tu dan sakit bile dipegang...

        Masa aku alami masalah jerawat tu.. Ya Allah..tahap keyakinan aku terus jatuh..nak makeup pun dah malas sebab tau tak boleh nak tutup jerawat yang makin banyak dan kulit pun dah makin kusam.. nak bergaya dengan tudung yang macam-macam patern pun tak yakin walaupun dalam hati tu hanya Tuhan yang tahu memang teringin nak pakai cuba tak yakin je..!!!!

       Dalam masa dua tahun lebih ni,..macam-macam produk aku gune nak pulihkan balik kulit muka aku ke asal tapi tak jumpa-jumpa produk yang sesuai... kalu ada pun sekejap je tapi lepas tu jerawat mula naik balik tak surut-surut.. Boleh bayangkan tak dalam masa dua tahun lebih ni berapa banyak tahap keyakinan aku yang dah hilang..(kalu boleh diukurlah).. dan berapa banyak duit aku yang dah abisssss...?????

        Sampailah tahun lepas aku mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam dan seorang cikgu ni perkenalkan aku dengan satu produk ni tapi tue pun puas dia pujuk aku suh gune produk dia ni mau jugak setengah taun baru aku try gune produk ni....Ha..nak tau ape benda yang mujarab sangat dan sampai sekarang aku gune dan alhamdullillah kulit aku dah semakin baik + bersih + cerah + berseri = yakin...

            Ni gambar mase tahun 2010.. masa aku praktikum kat sekolah SKSS ada cikgu yang tegur muka aku yang banyak jerawat dan paling menyedihkan bile anak murid pun tegur mane taknyer tengah mengajar tetiba tak sedar anak murid yang duduk depan sekali duk mengadap muka aku ni dan terus tanye kenapa dengan muka aku ni..huhu..

                                    
Gambar ni masa tahun 2010.. mase ni aku praktikum dekat SKSA ..mase dekat sekolah ni cikgu-cikgu sume tolong promotekan produk-produk kecantikan yang diorang gune kat aku...hihihi.. Terima kasihlah ye..ada yang aku gune tapi hasilnyer tetap menghampakan dan mase ni memang kulit aku kusam + gelap + jerawat tak payah cakap memang banyak giler...!!


Ni aku bagi closeup punyer gambar.. Sebenarnye sejak kulit aku ni bermasalah memang aku tak suke ambil gambar.. so memang tak banyaklah gambar-gambar aku sepanjang dua tahun lebih ni...terukkan dan ye ni yang aku alami dan menyebabkan tahap keyakinan aku jatuh abiss..=(


Nampakkan kulit aku yang gelap dan kusam tue tapi jerawat tak nampak sangat sebab gambarnyer jauh...kononnyer nak buat camera tricklakannnn...hihihi..


Gambar ni hujung tahun lepas punyer mase aku baru lagi gune produk special ni...hihihi,.. Terima kasih pada yang dah ketemukan aku dengan produk special ni...=)




salam perkenalan

Assalammualaikum....pertama sekali tujuan blog ni diwujudkan adalah untuk berkongsi rahsia kecantikan yang aku baru rasekan setelah lebih dua tahun mengalami masalah jerawat + kulit kusam... Memang tak dapat dinafikan dua masalah besar ni kalu tak diatasi dengan baik akan timbullah masalah kurang keyakinan diri betul x..? Takpe tak jawab biar aku yang jawab..hehe... Sebab itulah aku namakan blog ni Cantik itu Yakin kerana apabila muka dah cantik berseri-seri maka akan timbullah rasa yakin dalam diri sendiri... So,.. aku harap dengan pengalaman dan sedikit ilmu yang aku ada ini dapat aku kongsikan bersama-sama yang sudi membaca dan singgah dekat blog yang tak seberapa nikannn..!!!!